DUA ahli imunologi warganegara Amerika dan Jepun, James Allison dan Tasuku Honjo memenangi hadiah Nobel Perubatan di atas kajian yang membuat perubahan baru dalam bidang perubatan kanser, kata juri hari ini.
Pasangan itu dianugerahkan “kerana penemuan terapi kanser dengan perencatan negatif sistem imun,” kata Perhimpunan Nobel.
Terapi perencatan imun menyasarkan protein-protein yang terhasil daripada sel-sel sistem imun, dan juga sel-sel kanser.
Protein-protein itu boleh menghentikan pertahanan semulajadi badan daripada membunuh sel-sel kanser. Terapi itu dibentuk untuk membuang “sekatan” protein bagi membolehkan sistem imun bergerak pantas bagi memerangi sel kanser.
Allison, seorang professor di Universiti Texas, dan Honjo seorang professor Universiti Kyoto, telah memenangi Hadiah Tang pada 2014. Hadiah itu dikenali sebagai Nobel versi Asia.
Dua professor itu berkongsi sejumlah ASD1.01 juta hadiah Nobel.
Mereka akan menerima hadiah itu daripada King Carl XVI Gustaf dalam sebuah acara rasmi di Stockholm 10 Disember depan, tanggal ulang tahun kematian Alfred Nobel yang mewasiatkan pemberian hadiah itu dilaksanakan.
Pemenenang hadiah dalam bidang fizik akan diumumkan Selasa ini, dan diikuti hadiah bidang kimia, dan diakhiri dengan hadiah ekonomi bagi musim Nobel tahun ini.– AFP, 1 Oktober, 2018.
Komen