Bangladesh tangguh rancangan pindahkan Rohingya ke pulau terpencil


BANGLADESH menangguh rancangan untuk menempatkan penganut Islam Rohingya di sebuah pulau terpencil, kata kenyataan rasmi hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika bantahan terhadap idea kontroversi itu meningkat di kalangan pelarian yang tinggal di sempadan Myanmar.

Perdana Menteri Sheikh Hasina dilaporkan mahu membuka penempatan baru dengan membina rumah untuk 100,000 pelarian di Bhashan pada 3 Oktober ini, walaupun amaran mengenai perjalanan ke tempat itu merbahaya ekoran cuaca.

Namun jurucakap angkatan pertahanan Bangladesh yang mengawal usaha bernilai ASD280 juta bagi mengubah pulau itu kepada sebuah kem yang boleh diduki mengatakan acara pembukaan akan ditangguhkan.

“Kami akan umumkan tarikh baru secepat mungkin,” kata leftenan Kolonel Alamghir Kabir kepada pemberita.

Rancangan kontroversi itu dibincangkan sejak 2015, masih belum dilaksanakan seperti yang termaktub dalam jadual. – AFP, 1 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen