21 militan Daesh Afghanistan maut diserang dron


Seorang penduduk Afghanistan sedang melihat tapak kejadian serangan berani mati di sebuah masjid ni negara itu. Hari ini, sejumlah 21 militan terbunuh selepas pesawat dron menyerang kumpulan Daesh di Nangarhar, Afghanistan. – Gambar AFP, 1 Oktober, 2018.

SERAMAI 21 militan yang bergabung dengan kumpulan militan Daesh terbunuh dalam serangan dron di wilayah Nangarhar timur pada Ahad.

Mengikut kenyataan dikeluarkan pihak polis zon Shamshad di wilayah timur, serangan dron pada Sabtu itu mensasarkan tempat persembunyian militan di daerah Khogiani.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dua militan yang maut termasuk dua komander dikenali sebagai Malang dan Qari Daud.– Bernama, 1 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen