SERAMAI 200 anggota polis di Uttar Pradesh disiasat kerana lalai dalam menjalankan tugas, lapor agensi berita Xinhua.
“Seramai 12 anggota polis dipecat, 200 yang lain disiasat. Tiada siapa yang akan terkecuali daripada tindakan undang-undang, jika didapati lalai dalam menjalankan tugas,” kata ketua polis negeri itu, O. P. Singh.
Antara yang dipecat termasuk dua anggota yang dituduh menembak mati seorang pekerja Apple di ibu negeri Lucknow pada malam Sabtu.
Ketua Polis turut mengemukakan permohonan maaf kepada keluarga mangsa.
Pasukan polis negeri itu berdepan kritikan dan cemuhan, kerana dikatakan gagal melaksanakan tugas dalam memastikan Uttar Pradesh bebas jenayah. – Bernama, 1 Oktober, 2018.
Komen