KERAJAAN Indonesia hari ini memohon bantuan antarabangsa untuk menguruskan kesan akibat bencana alam gempa bumi dan tsunami di kepulauan Sulawesi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 832 orang setakat ini.
Ketua pelaburan negara Tom Lembong berkata Presiden Joko Widodo memaklumkan untuk pihaknya menerima bantuan antarabangsa untuk respons kecemasan bencana.
Pada masa ini berpuluh-puluh agensi bantuan dan NGO bersiap sedia menyediakan bantuan menyelamat dan kerajaan sedang bergelut untuk mengenal pasti skala kemusnahan akibat bencana itu. – AFP, 1 Oktober, 2018.
Komen