6 didakwa cuai, punca tragedi Hillsborough 1989


Tragedi itu membunuh 96 penyokong Liverpool dan dianggap antara tragedi bola sepak terburuk di UK. – Gambar AFP, 28 Jun, 2017.

EMPAT bekas pegawai kanan polis antara enam yang didakwa hari ini kerana tragedi stadium Hillsborough 1989 yang membunuh 96 penyokong kelab bola sepak Liverpool.

“Saya memutuskan yang terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa enam individu kerana kesalahan jenayah,” kata Sue Hemming dari Perkhidmatan Pendakwaan Diraja UK (CPS)

Bekas pegawai polis South Yorkshire David Duckenfield yang merupakan komander perlawanan pada hari kejadian didakwa atas kesalahan “ menyebabkan kematian kerana kecuaian”.

“Kami akan mendakwa David Duckenfield kerana kegagalannya yang sangat teruk dalam melaksanakan tanggungjawab peribadi dan merupakan penyumbang utama kepada kematian 96 orang,” kata CPS.

Bekas pegawai Norman Bettison pula didakwa atas empat kesalahan salah laku  berkaitan dengan “menipu tentang penglibatannya dalam kejadian Hillsborough dan menyalahkan penyokong.”

Dua lagi pegawai, Donald Denton dan Alan Foster bersama-sama dengan pendakwaraya SYP Peter Metcalf akan didakwa “berniat menghalang proses keadilan” dalam cubaan melindungi kelemahan polis dalam tragedi yang berlaku ketika perlawanan separuh akhir Piala FA itu.

Graham Mackrell, bekas setiausaha Kelab Bolasepak Wednesday Sheffield yang bertanggungjawab kepada tempat perlawanan di Hillsborough pula akan berdepan dengan tiga dakwaan berkaitan dengan keselamatan stadium. – AFP, 28 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen