SPRM perlu cepat cari saksi yang hilang, kata peguam


Muzliza Mustafa

Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terjejas jika tidak menemui saksi-saksinya dengan cepat dan membina kes yang kuat terhadap mereka yang terlibat dalam memberikan perlindungan kepada pusat perjudian dan rumah urut haram di Melaka, kata seorang peguam.

Peguam Syahredzan Johan berkata, kegagalan mencari saksi yang hilang boleh menjejaskan kes SPRM terhadap suspek dan ini boleh mengakibatkan badan anti rasuah itu dituduh melindungi seseorang.

“Akan ada persepsi orang ramai yang perlu mereka hadapi. Betul atau salah, orang ramai akan fikir ada sesuatu yang tidak kena.

“Dan ini terutama sekali selepas tuduhan salah seorang yang ditahan dalam serangan itu dikaitkan dengan pegawai kanan polis. Orang ramai akan berfikir SPRM cuba melindungi seseorang,” kata Shahredzan kepada The Malaysian Insight.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad mengumumkan baru-baru ini beberapa saksi dalam kes perlindungan di Melaka bersembunyi atau meninggalkan negara.

SPRM menangkap Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Jasin serta beberapa pegawai kanan lain dari ibu pejabat polis daerah dan negeri.

Turut ditahan ialah orang awam bernama “Gopi” yang didakwa Sarawak Report mempunyai talian hubungan terus dengan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai polis kanan lain. Khalid mengakui  dia mengenali Gopi dan  suspek juga pernah melawat rumahnya.

Setakat ini tiada seorang pun yang dikenakan tindakan.

Syahredzan berkata walaupun kenyataan saksi sudah direkodkan, ia hanya akan menjadi satu kenyataan dan tidak boleh didakwa di mahkamah kerana saksi dikehendaki hadir, kecuali mereka mati.

“Atau SPRM perlu mencari bukti kukuh yang tidak perlu bagi saksi yang hadir,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saksi-saksi tidak seperti suspek, mereka boleh bergerak dengan bebas, kecuali jika anda menangkap orang itu dan membebaskannya dengan jaminan polis, maka mereka tertakluk kepada undang-undang.”

Syahredzan berkata walaupun pihak berkuasa boleh menggunakan Akta Perlindungan Saksi 2009, ia terpulang kepada saksi jika mereka mahu dimasukkan ke dalam program itu.

“Sesetengah orang benar-benar takut tentang keselamatan mereka, sementara yang lain tidak mahu terlibat, anda tidak boleh memaksa orang untuk menyertai program ini,” katanya.

Seorang lagi peguam, Eric Paulsen berkata saksi mungkin bersembunyi atau berpindah ke luar negara kerana mereka bimbang dengan keselamatan mereka sendiri dan keluarga mereka.

Paulsen juga bersetuju saksi bebas bergerak dan tidak terikat dengan sekatan.

“Mereka boleh bergerak dengan bebas, mereka boleh pergi ke luar negara jika mahu. Mereka tidak akan menyalahi undang-undang,” katanya.

“Tindakan menjadi saksi juga sukarela, mereka tidak boleh dipaksa untuk menjadi satu,” kata Paulsen.– 21 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen