Perubahan kerajaan mungkin berlaku di Selangor, kata presiden PAS


Presiden PAS mengatakan ada kemungkinan kerajaan negeri Selangor bertukar tangan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2017.

Perubahan kerajaan negeri Selangor mungkin boleh berlaku, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepada Utusan malaysia, menambah sekiranya ia benar-benar berlaku, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Biasalah, kemungkinan (boleh) berlaku,” Kata Hadi apabila mengulas khabar angin yang wakil rakyat di Selangor dari PKR, PAS dan Umno sedang cuba mengadakan rampasan kuasa untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Bagaimanapun, dia mengatakan yang wakil rakyat dari PAS di Selangor akan mematuhi arahan daripada kepimpinan pusat tentang apa sahaja perkara melibatkan kerajaan negeri.

Baru-baru ini khabar angin tersebar yang wakil rakyat PKR di negeri itu cuba menyingkirkan Azmin tetapi perkara ini dinafikan beberapa wakil rakyat yang dihubungi Utusan Malaysia.

Azmin akan kembali dari luar negara hari ini, dan kelab penyokong dewan undangan negeri Selangor meminta semua wakil rakyat untuk pergi ke lapangan terbang untuk menyambutnya,

Ulasan Hadi itu keluar selepas beberapa hari parti meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR sewaktu muktamar PAS minggu lepas.

Tetapi Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim berkata yang hubungan kedua-dua parti itu masih baik.

Wan Azizah berkata yang PKR akan menunggu keputusan terakhir Majlis Syura sebelum memberikan ulasan lanjut, menambah yang dia kekal berharap yang PAS dan PKR akan bersatu dalam perjuangan politik mereka. – 5 Mei, 2017.


 


Effective July 2018, access to full reports will only be available with a subscription. Sign-up now and enjoy one (1) week free access!

Subscribe Now!


Sign up or sign in here to comment.


Comments