Tindakan batal projek BP1 tidak demokratik, kata ahli Parlimen PAS, DAP


Looi Sue-Chern

Ahli Parlimen pembangkang yakin pembatalan projek BP1 ‘bukan suatu kebetulan’ dan mempunyai agenda tersembunyi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 April, 2017.

AHLI Parlimen DAP dan PAS mengecam langkah Barisan Nasional (BN) membatalkan kelulusan projek infrastruktur berskala kecil, atau dikenali dengan nama projek BP1, di kerusi Parlimen milik pembangkang sebagai tidak demokratik.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam-DAP Steven Sim berkata ia “bukan kebetulan” bagi pembatalan semua projek BP1 di kawasan dikuasai pembangkang, kurang tiga bulan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan menjadikan Pulau Pinang sebuah wilayah persekutuan.

Beliau berkata langkah terbaru diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Noh Omar membuktikan Umno dan BN sengaja “memiskinkan” kerajaan negeri pembangkang dengan cara tidak demokratik untuk mengambil alihnya.

“Selama bertahun-tahun, parti komponen BN termasuk Gerakan, MCA, Parti Pesaka Bumiputera di Sarawak dan Umno di Sabah bersekongkol dengan Najib Razak secara senyap “memiskinkan” kerajaan negeri sehingga ia menyerah.

“Saya menegaskan di Parlimen semasa perbahasan Bajet 2017 tahun lepas walaupun Pulau Pinang konsisten menyumbang 30% kepada imbangan perdagangan negara setiap tahun pada 2008 hingga 2015, negeri hanya menerima purata 0.07% daripada bajet persekutuan setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sim yang juga pengarah badan pemikir Institut Pulau Pinang berkata, statistik menunjukkan pada 2013, Pulau Pinang dan Selangor – kedua-duanya dipegang pembangkang Pakatan Harapan (PH) – pembayar cukai langsung dan tidak langsung per kapita berbanding negeri lain, tetapi pada tahun sama, kedua-duanya hanya menerima 0.07% dan 0.31% daripada bajet persekutuan daripada BN yang menguasai Putrajaya.

“Memandangkan kerajaan persekutuan sekian lama memastikan kerajaan negeri miskin. Kini dengan pentadbiran baru Noh Omar, memburukkan lagi keadaan.

“Taktik ini menghalang kerajaan negeri daripada memenuhi tugas demokrasi kepada rakyat di negeri ini, dan sebaliknya terpaksa tunduk kepada Umno,” katanya.

“Satu undi untuk BN adalah undi untuk merebut kuasa secara tidak demokratik.”

Bantahannya terhadap langkah itu disuarakan rakan Ahli Parlimen Bukit Gantang-PAS, Idris Ahmad yang menggesa rakyat menolak BN dalam pilihan raya akan datang

Dalam artikel Harakah Daily hari ini, Idris berkata masa “perhambaan” sudah tamat dan rakyat bosan dengan pemimpin yang berkelakuan secara tidak demokratik.

“Berhenti mendera rakyat yang memilih wakil pembangkang. Itu adalah hak demokrasi mereka. Parti pembangkang juga entiti undang-undang dan diundi rakyat dalam pilihan raya,” katanya dalam satu artikel yang disiarkan lidah rasmi PAS.

Idris, pendakwah Islam, berkata ahli Parlimen pembangkang menafikan dana RM1 juta kepada ahli Parlimen, apabila wang itu sebaliknya disalurkan kepada ketua Umno bahagian.

“Insya-Allah, dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat yang menyokong BN selama ini akan menolak BN,” katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Noh Omar berkata, tiada diskriminasi terhadap kawasan ditadbir pembangkang berhubung keputusan membatalkan projek BP1, sambil menambah projek terlibat diluluskan berdasarkan permohonan dikemukakan pihak berkuasa tempatan dan perwakilan konstitusi yang dipilih.

Beliau menambah turut meluluskan peruntukan RM900,000 untuk menggantikan bumbung pasar awam milik Majlis Perbandaran Taiping, walaupun kerusi Taiping dimiliki DAP. – 21 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen