Kemarahan Dr Mahathir kepada Najib terus membara


Sheridan Mahavera

BELIAU didorong rasa penghinaan, juga kebencian kerana seorang lelaki. Kekalahan di tangan lelaki itu merupakan perkara yang tidak boleh diterima, mampu menghapuskan kecemerlangan politik yang meliputi setengah abad.

Justeru, pada usia 92 tahun, Dr Mahathir Mohamad bekerja keras, turun padang. Tiada jemputan untuk berceramah ditolaknya.

Dua kali seminggu selama 15 bulan lalu, beliau melawat bandar atau kampung yang hanya mempunyai satu jalan, terletak jauh di pedalaman ladang kelapa sawit, membawa satu mesej: Perdana Menteri Najib Razak seorang pencuri dan Malaysia perlu diselamatkan daripada pencuri ini.

Inilah Dr Mahathir yang vintaj, sentiasa tegas dan memisahkan naratif politik atau ekonomi yang  yang rumit kepada baik dan jahat, wira dan penjahat. Sama seperti strategi beliau hadapi di tengah-tengah krisis kewangan Asia apabila George Soros dituduh sebagai spekulator penyangak.

Sejak Disember 2015, apabila Deklarasi Rakyat yang bertujuan menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Najib dilancarkan, Dr Mahathir sudah melawat setiap negeri di Semenanjung dan berucap di kira-kira 120 perhimpunan.

Beliau bergegas berucap setibanya di sana dan seperti biasa bersama isterinya, menghabiskan masa beramah-mesra dengan rakyat biasa.

Satu-satunya masa apabila bekas perdana menteri itu tidak membuat kenyataan menyingkirkan Najib dan menggulingkan Barisan Nasional (BN) adalah ketika berhenti sembahyang di masjid kawasan sekitar dan apabila pulang ke hotel untuk menyegarkan badan. Dengan segak, beliau berkempen sekali lagi dan apabila ia tamat, ia sudahpun tengah malam.

Kebanyakan hari minggu dihabiskan di pejabatnya di Putrajaya, untuk membina Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) – satu tugas yang sukar, memandangkan beliau seolah-olah menjadi satu-satunya pemimpin dalam parti baru itu yang bekerja keras.

Dr Mahathir tahu hanya dengan persediaan asas yang kukuh dan kerjasama dengan bekas seteru politiknya mampu mengalahkan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Oleh itu, beliau bertemu Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu – ahli politik yang ditentang dan dipenjarakan ketika beliau mentadbir negara selama 22 tahun.

Beliau juga sering bertemu aktivis sosial, yang kebanyakannya dikritik ketika beliau berkuasa. Beliau sedar keperluan untuk bekerjasama dengan mereka kerana cubaannya menjatuhkan Najib seorang diri pada 2014 dari dalam Umno tidak berjaya.

Ia berlaku berikutan terdapat dakwaan berlegar berkenaan RM2.6 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Apabila cubaan memaksa Najib turun tidak berjaya, beliau meninggalkan Umno dan memulakan kempen Deklarasi Rakyat yang bertemakan “Selamatkan Malaysia”.

Hampir setahun kemudian, beliau mengasaskan Pribumi, yang kini merupakan komponen pakatan pembangkang - Pakatan Harapan (PH).

Beliau menjalankan kempen dari Perlis ke Kelantan hingga ke Johor, dari bilik persidangan hotel ke pentas kayu di parkir kereta hinggalah ke dusun, bercakap kepada peneroka Felda, nelayan, petani padi, peniaga dan penduduk bandar.

Pada satu persidangan yang tidak dapat dilupakan di Shah Alam pada Februari, Dr Mahathir secara terbuka menangani pengkritik paling setia beliau, pergerakan Otai Reformis – aktivis anti-BN yang ditahan sebagai tahanan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pentadbirannya.

Sebagai penonton – mereka yang dipenjarakan tanpa bicara oleh Dr Mahathir – yang melontarkan kepadanya laungan “maha zalim”, beliau berkata:” Marilah kita menjatuhkan Najib terlebih dahulu dan kemudian anda boleh lakukan apa sahaja yang anda mahu kepada saya.”

Dr Mahathir pernah memberi cabaran dan mengalahkan pemimpin Umno yang pernah dipilihnya. Contoh terakhir adalah penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menjalankan kempen berterusan menyerang Abdullah sejak 2006 dan memainkan peranan penting dalam memaksa perdana menteri kelima itu menyerahkan tugasnya kepada Najib selepas BN hilang 2/3 kerusi Parlimen pada 2008.

Untuk seketika, Dr Mahathir merupakan penyokong dan promoter terkuat Najib. Tetapi Dr Mahathir berkata anak didiknya itu kini penyangak terbesar negara.

Najib membalas Dr Mahathir mahu berkuasa di belakang takhta dan mula menyerang kepimpinannya apabila beliau enggan tunduk kepada bekas perdana menteri paling lama mentadbir itu.

Dr Mahathir berkata beliau sedang cuba menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrat.

“Negara ini diperintah oleh pencuri, lanun Bugis,” kata Dr Mahathir dengan nada pedasnya, merujuk kepada keturunan Bugis Najib.

“Dan jika pencuri itu disokong menterinya, maka kita boleh menganggap mereka semua juga pencuri,” katanya semasa berceramah di Padang Rengas pada 25 Mac.

“Malaysia adalah negara kita. Kita tidak boleh pergi ke tempat lain. Jika kita mahu menyelamatkan negara, kita mesti memikul tanggungjawab ini dan membuat perkara yang betul.”

Penyokong Najib berkata, kempen menyelamatkan Malaysia tidak lebih wayang Dr Mahathir untuk meletakkan beliau kembali dalam politik.

Ia lebih kepada menyelamatkan legasi beliau daripada menyelamatkan Malaysia, balas mereka sambil menambah Dr Mahathir tidak boleh menerima hakikat meskipun beliau memburukkan Najib, perdana menteri itu masih berdiri teguh.

Namun, ia jelas pentadbiran sedia ada menganggap Dr Mahathir sebagai musuh. Media arus perdana dan blogger mesra Najib mengkritik beliau tidak henti-henti, menggambarkannya pengkhianat bangsa Melayu dengan bekerjasama dengan DAP yang didominasi kaum Cina.

Beberapa serangan ini seolah-olah mempunyai beberapa tarikan.

Dr Mahathir sudah membuktikan dengan baik sejak 12 bulan lalu dengan pengundi bersedia melihat beliau di luar rekod tindakannya yang tidak konsisten.

Tetapi kaji selidik baru-baru ini juga menunjukkan angka penerimaan Dr Mahathir di kalangan orang Melayu terjejas apabila beliau berkongsi pentas dengan pemimpin DAP – Lim atau ahli politik Cina yang lain.

Ini menunjukkan Dr Mahathir perlu menggerakkan jentera politiknya sendirian sehingga PRU14. – 3 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen