Dahulu musuh, kini pengundi di Nilai mula terima Dr Mahathir


Chan Kok Leong

Dr Mahathir Mohamad ternyata masih mempunyai aura dan ia terbukti dengan sambutan hebat daripada 2,000 pengundi di Nilai, Negeri Sembilan pada 8 Mac lalu. – Gambar The Malaysian Insight, 3 April, 2017.

Dr Mahathir Mohamad memulakan “perjalanannya” sejak awal tahun ini, didorong keinginan membara untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. Di mana-mana, mesej beliau adalah sama: Najib pencuri. Chan Kok Leong melaporkan jejak Dr Mahathir.

Lokasi: Nilai, Negeri Sembilan

Tarikh: 8 Mac 2017

Masa: 11 malam

DI kerusi DAP ini, mereka selalunya mendengar ucapan lantang dan gemuruh orang kuat pembangkang.

Tetapi di sini, lewat malam minggu lalu, mereka menunggu tambahan ceramah luar biasa sebagaimana dijadualkan.

Menyarungkan jaket lebih ringkas melindungi T-shirt yang menjadi imej sinonimnya, Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pentas selepas Mat Sabu dan Lim Kit Siang.

Seperti di bahagian lain, kebanyakan 2,000 hadirin terdiri daripada pertengahan umur dan warga tua yang tidak pasti mengapa bekas perdana menteri dan presiden Barisan Nasional (BN) ini berkongsi pentas dengan pemimpin kuat pembangkang.

Walaupun menerima dasar Dr Mahathir adalah pemangkin kepada transformasi Nilai daripada kawasan mundur kepada bandar industri dan universiti, mereka juga masih mengingati beliau sebagai wajah kerajaan BN yang memperkenalkan undang-undang menindas dan menahan wira mereka Lim dan Mat Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa “Ops Lalang” pada 1987.

Dan bukankah tidak lama dahulu, beliau dikelirukan sebagai calon BN dalam pilihan raya 2013?

Tetapi beberapa minit berucap, semuanya dimaafkan. Mereka bersorak dan melaungkan namanya semasa Dr Mahathir membongkar pentadbiran BN semasa.

Diperhatikan isterinya, Dr Siti Hasmah Ali, beliau juga bercakap mengenai keperluan pembangkang di bawah Pakatan Harapan (PH) bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Saya pernah berada di dalam BN. Saya tahu mengapa parti pembangkang tidak boleh menang. Mereka berpecah-belah. BN memastikan mereka dibahagikan,” kata beliau yang satu ketika dahulu menjadi ketua strategi BN.

“Sebab itu kita mesti mengetepikan segala perbezaan ideologi untuk bersama-sama mencapai matlamat utama ini,” kata Dr Mahathir.

“BN Najib sudah terlalu rosak dan kita tidak mempunyai pilihan selain menendang mereka keluar,” katanya disambut sorakan lebih kuat.

Apakah hadirin terpengaruh oleh individu yang suatu dahulu pernah menjadi musuh mereka? Adakah mereka yakin dengan ucapakan perubahannya? Sukar untuk diramalkan.

Tetapi ini yang jelas. Pada akhir malam, ada antara yang hadir seolah-olah melupakan beliau pernah menjadi musuh. – 3 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen