[VIDEO] Tak bersedia, peguam baharu Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan


MENJELANG rayuan akhir Najib Razak membabitkan kes dana SRC International minggu hadapan, pasukan peguam yang baru dilantik bekas perdana menteri itu hari ini memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya rayuan tersebut diteruskan.

Media difahamkan peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia untuk meneruskan rayuan berkenaan.

Ini kerana ia melibatkan isu penting dan memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa. – 10 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen