[VIDEO] Najib, Zahid dan Hisham jelaskan skandal LCS, gesa Anwar


SKANDAL projek kapal tempur persisir (LCS) tidak boleh ditutup dengan mudah, sebaliknya pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan, kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar turut menggesa bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pembabitan mereka dalam skandal tersebut.

Menerusi video di Facebook miliknya, Anwar berkata menteri kanan pertahanan Hishamuddin Hussein perlu memberi maklum balas mengenai siapa yang terlibat dalam isu ini. – 10 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen