20 orang awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur


Seramai 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan pada Ahad. – Gambar AFP, 6 Jun, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.

Gabenornya, Nimir Abdulrahman memberitahu Agensi Anadolu penyerang yang menaiki kenderaan SUV dan motosikal bertindak melepaskan tembakan ke atas orang awam di bandar Kutum, pada Ahad malam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai serangan terbabit, disebabkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan itu.

Namun, Abdulrahman tidak menolak kemungkinan serangan itu mempunyai kaitan dengan pergolakan berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.

Sekurang-kurangnya 863 orang awam terbunuh manakala ribuan lagi cedera sejak tercetusnya konflik pada 15 April, menurut pasukan perubatan tempatan. – Bernama, 6 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen