14 maut, 5 hilang tanah runtuh di barat daya China


Pihak berkuasa China menghantar lebih 180 penyelamat ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat. – Gambar EPA, 4 Jun, 2023.

SERAMAI 14 orang terkorban dan lima lagi hilang dalam satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di wilayah Sichuan di barat daya China, pada Ahad kata kerajaan tempatan.

“Runtuhan berlaku di kawasan pergunungan berhampiran bandar Leshan pada jam 6 pagi di kawasan hutan persendirian di Jinkouhe.

“Setakat jam 3.30 petang hari ini, 14 mangsa ditemui sementara lima lagi masih hilang,” kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa menghantar lebih 180 penyelamat ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Setakat ini, operasi mencari dan menyelamt masih berjalan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Jinkouhe enggan memberi sebarang maklum balas berkait kejadian itu ketika dihubungi AFP.  – AFP, 4 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen