China tegas pertahan kepentingannya susulan kenyataan Biden 


Beijing bertegas akan mempertahankan kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan pembangunannya. – Gambar EPA, 8 Februari, 2023.

CHINA akan “mempertahankan dengan tegas” kepentingannya dan menggesa Amerika Syarikat untuk berusaha memperbaiki hubungan.

Kenyataan itu dibuat  selepas Presiden Joe Biden membidas Beijing semasa ucapan tahunan kepada Kongres.

“Kami dengan tegas akan mempertahankan kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan pembangunan China,” kata jurucakap kementerian luar Mao Ning.

Dalam masa yang sama, Mao Ning turut menggesa Amerika Syarikat “bekerjasama dengan China untuk mendorong hubungan China-AS kembali ke landasan pembangunan yang sihat dan stabil”. – AFP, 8 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen