Tentera Iran lancar pangkalan udara taktikal bawah tanah


TENTERA Iran pada Selasa melancarkan pangkalan udara taktikal bawah tanah dikenali Oqab-44 (Eagle 44), lapor Xinhua.

Pada upacara pelancaran itu, Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Mohammad Baqeri dan Komander Tentera Abdolrahim Mousavi turut mengunjungi pangkalan udara berkenaan, lapor Agensi Berita IRNA.

Terletak di pergunungan, kemudahan itu mempunyai keupayaan berlepas dan mendarat untuk jet pejuang, jet pengebom dan kenderaan udara tanpa pemandu.

Pangkalan udara itu menempatkan pelbagai kemudahan lain seperti  stesen amaran, tempat penyimpanan pesawat serta pusat pembaikan dan penyelenggaraan selain dilengkapi peralatan navigasi dan lapangan terbang serta tangki bahan api. – Bernama, 8 Februari, 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen