Sekolah diminta rujuk polis sebelum keluar notis kes culik, kata Radzi


Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata sekolah perlu merujuk kepada polis sebelum mengeluarkan notis mengenai insiden culik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Oktober, 2022.

PIHAK sekolah perlu merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang notis pemakluman atau peringatan mengenai insiden yang dikaitkan dengan kes cubaan menculik murid kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelaksanaan Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Presint 15 di Putrajaya hari in beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memberitahu pihak sekolah agar merujuk pihak polis sebelum mengeluarkan notis berkenaan.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen