RM90.9 juta masuk akaun peribadi Najib pada 2012, kata saksi


Bekas perdana menteri Najib Razak berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2022.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM90.9 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Najib Razak menerusi dua transaksi pada 2012.

Pengurus Cawangan AmBank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM15,149,963.64 ke dalam akaun bekas perdana menteri itu adalah pada 31 Oktober, dan RM75,749,963.64 pada 20 November 2012.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najwa Bistamam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam penyataan pembukaan pada 2019, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram berkata Najib yang bertindak melalui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyebabkan 1MDB terbabit dalam dua transaksi, dengan tertuduh memperoleh sejumlah RM90,899,927.28.

Transaksi itu adalah berkaitan pertuduhan kedua yang dihadapi oleh Najib, membabitkan pengambilalihan aset dengan nilai yang diragui oleh 1MDB.

Sementara itu Uma Devi berkata pada November dan Disember 2011, Najib telah mengeluarkan cek berjumlah RM2,494,000 kepada beberapa pihak.

“Pihak itu ialah Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM494,900), Yayasan Rahah (RM1 juta), ORB Solutions Sdn Bhd (RM450,000), Mashi Publication Sdn Bhd (RM30,000) dan Transformasi Kreatif (RM520,000),” kata saksi pendakwaan ke-37 itu.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 26 September, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • HOW I GOT A LOAN FOR MY BUSINESS

    Hi everyone, I saw comments from people who had already got their loan from Steve Wilson Loan firm. Honestly I thought it was a scam, and then I decided to make a request based on their recommendations. A few days ago, I confirmed in my personal bank account amounting to $980,000, which I requested for business. This is really good news and I am so happy that I advise all those who need a real loan and who are sure to reimburse to apply through their email: [email protected], They are legit loan lenders!
    They are able to lend you a loan.
    Contact Mr Steve Wilson.
    E-mail: [email protected]

    Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Sean philips · Ulasan

  • BAGAIMANA SAYA MENDAPAT PINJAMAN UNTUK PERNIAGAAN SAYA OLEH MARY KENT

    Hai semua, saya melihat ulasan daripada orang yang telah mendapat pinjaman daripada firma Pinjaman Steve Wilson. Secara jujur, saya fikir ia adalah satu penipuan, dan kemudian saya memutuskan untuk membuat permintaan berdasarkan cadangan mereka. Beberapa hari lalu, saya mengesahkan dalam akaun bank peribadi saya berjumlah $880,000, yang saya minta untuk perniagaan. Ini benar-benar berita baik dan saya sangat gembira kerana saya menasihati semua mereka yang memerlukan pinjaman sebenar dan yang pasti akan membayar balik untuk memohon melalui e-mel mereka: [email protected], Mereka adalah pemberi pinjaman yang sah!
    Mereka mampu meminjamkan anda pinjaman.
    Hubungi Encik Steve Wilson.
    E-mel: [email protected]
    laman web: https://stevewilsonfinancialloanfirm.weebly.com

    Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Sean philips · Ulasan