2 juruterbang maut pesawat tentera terhempas di Iran


Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah jet pejuang F-7 terhempas berhampiran wilayah Isfahan di tengah Iran hari ini. – 24 Mei, 2022.

DUA juruterbang terbunuh selepas sebuah jet pejuang F-7 terhempas berhampiran wilayah Isfahan di tengah Iran hari ini, lapor Agensi Anadolu.

Nahas berlaku kira-kira 8.10 pagi waktu tempatan (0340GMT). Pesawat malang itu berlepas dari Pangkalan Udara Shahid Babaei sebelum terhempas di Anarak kira-kira 200 kilometer dari Isfahan.

Pesawat itu dilaporkan sedang menjalani latihan di Anarak.

Menurut Agensi Berita ISNA dan Tasnim, punca nahas dipercayai akibat “masalah teknikal”.

Sebelum ini, dua juruterbang dan seorang penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat F-5 milik tentera terhempas di bandar Tabriz pada Februari. β€“ Bernama, 24 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen