5 bilion dijangka tonton Piala Dunia Qatar, kata Presiden Fifa


Presiden Fifa, Gianni Infantino berkata Piala Dunia 2022 anjuran Qatar pada tahun ini dijangka ditonton lima bilion penonton di seluruh dunia. – Gambar EPA, 24 Mei, 2022.

PIALA Dunia 2022 anjuran Qatar pada tahun ini dijangka ditonton lima bilion penonton di seluruh dunia, kata Presiden Fifa, Gianni Infantino.

“Piala Dunia Fifa terakhir yang diadakan sebelum ini ditonton empat bilion penonton manakala Piala Dunia Wanita disaksikan 1.2 bilion penonton.

“Semua yang mempunyai minat yang sama merasakan bahawa bola sepak mempunyai kekuatan untuk penyatuan,” kata Infantino pada sesi perbincangan bertajuk “Sport as a Unifying Force” di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos semalam.

Infantino percaya penganjuran Piala Dunia Fifa Qatar 2022 menjadi peluang terbaik untuk pemulihan dan penyatuan selepas pandemik dan konflik global telah mengasingkan serta memecahbelahkan masyarakat di seluruh dunia. – Bernama, 24 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen