6 maut serangan Isis di Iraq


Isis pernah menguasai Mosul, Salahuddin dan Anbar pada Jun 2014 selain menawan sebahagian wilayah Diyala dan Kirkuk sebelum dirampas semula pihak berkuasa Iraq. – Gambar fail EPA, 24 Mei, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA enam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan kumpulan Isis di utara Iraq.

Kumpulan itu menyasarkan penduduk daerah Taza Khurmatu di bandar Kirkuk yang dihuni majoriti etnik Turkmen, lapor Agensi Anadolu.

Satu operasi dilancarkan untuk menangkap penyerang, memetik kenyataan pihak berkuasa.

Isis pernah menguasai wilayah Mosul, Salahuddin dan Anbar pada Jun 2014 selain menawan sebahagian wilayah Diyala dan Kirkuk sebelum dirampas semula pihak berkuasa Iraq.

Pada 9 Disember 2017 bekas perdana menteri Haider al-Abadi mengisytiharkan kemenangan ke atas Isis.

Meskipun sudah lima tahun berlalu, kumpulan itu masih melancarkan serangan di wilayah itu. – Bernama, 24 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen