Korban ribut di Kanada cecah 10 orang


Puluhan ribu penduduk turut terputus bekalan elektrik selepas angin kencang 120 km/j membadai Ontario. – Gambar fail AFP, 24 Mei, 2022.

JUMLAH korban akibat ribut yang melanda Ontario dan Quebec di Kanada pada Sabtu kini mencecah 10 orang, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Puluhan ribu penduduk turut terputus bekalan elektrik selepas angin kencang 120 km/j membadai Ontario.

Penyedia perkhidmatan elektrik, Hydro One, melaporkan kira-kira 185,000 pengguna masih mengalami gangguan bekalan elektrik setakat tengah hari Isnin, walaupun perkhidmatan dipulihkan kepada lebih 380,000 penduduk.

Menurut Hydro One, ribut kali ini adalah lebih buruk berbanding ribut ais pada 1998 dan puting beliung pada 2018. – Bernama, 24 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen