Kes baharu Covid-19 naik mendadak di seluruh dunia, lapor WHO


JUMLAH kes baharu Covid-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71% minggu lepas berbanding minggu sebelumnya, namun jumlah kematian berkurangan sebanyak 10%, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

WHO berkata berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Disember 2021 hingga 2 Januari tahun ini, lapor Xinhua.

Semua kawasan melaporkan peningkatan kes mingguan, dengan benua Amerika merekodkan jumlah tertinggi (100%), diikuti Asia Tenggara (78%) dan Eropah (65%).

WHO berkata meskipun Afrika masih merekodkan peningkatan jumlah kes kematian mingguan, semua bahagian lain di dunia melaporkan penurunan berbanding minggu sebelumnya. – Bernama, 7 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen