KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 3,543 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini.
Jumlah kes baharu itu meningkat sedikit berbanding 3,270 kes yang direkodkan semalam.
Ia menjadikan 2,776,699 orang di Malaysia dijangkiti virus itu sejak permulaan pandemik.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar jangkitan di seluruh negara ialah 0.97 setakat semalam. – 6 Januari, 2022.
Komen