DAP bertanding guna logo Pakatan dalam PRN Melaka, kata Guan Eng


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan partinya telah bersetuju menggunakan logo Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri Melaka. – Gambar Facebook Lim Guan Eng, 20 Oktober, 2021.

DAP akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka menggunakan logo Pakatan Harapan (PH), kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng.

Penggunaan logo PH telah dipersetujui di peringkat kebangsaan DAP dan negeri.

“DAP Kebangsaan dan DAP Melaka sebulat suara bersetuju untuk menggunakan logo Pakatan Harapan sebagai lambang perjuangan pilihan raya negeri kali ini, serta menyokong Saudara Adly Zahari sebagai calon ketua menteri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adly merupakan Pengerusi PH Melaka dan pernah memegang jawatan ketua menteri pada 2018 hingga 2020.

Tambah Lim pemimpin DAP, termasuk beliau dan ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim bersama dengan kepimpinan DAP Melaka tel

Mereka telah melawat 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Rumput, Pengkalan Batu, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Duyong, Ayer Keroh, Bemban, Gadek, dan Lendu bagi meninjau persiapan operasi kempen pilihan raya.

DAP menang lapan kerusi dalam PRU 2018, tetapi kini tinggal tujuh sahaja iaitu Gadek, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Bandar Hilir, Bemban.

Satu kerusi hilang berikutan tindakan Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang keluar dari DAP untuk menjadi Adun Bebas yang mesra Perikatan Nasional tahun lalu.

Tindakan itu membuatkan Lim mengulangi pendirian parti menolak Norhizam jika beliau mahu kembali dan bertanding sebagai calon PH.

DAP juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya, yang telah menetapkan hari penamaan calon pada 8 November dan pengundian pada 20 November, untuk bertemu dengan semua parti politik bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 untuk PRN Melaka.

Lim turut mengulangi pendirian DAP Yang diPertua Melaka telah dinasihati secara silap untuk bubar DUN yang telah membuka jalan bagi mengadakan PRN.

Oleh itu, Pakatan Harapan Melaka akan meneruskan langkah membawa isu pembubaran DUN Melaka ke mahkamah, sambil bersiap sedia menghadapi PRN.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen