Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh, kata timbalan menteri 


Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar berkata perkara itu dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU.– Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2021.

MOMENTUM hubungan Malaysia dengan rakan-rakan strategik asing seperti Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) terus kukuh meskipun berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar memberitahu Dewan Negara pada Rabu, perkara itu dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU yang masing-masing menokok 27.1 peratus kepada RM121.01 bilion (USD29.44 bilion) dan 26.66 peratus kepada RM79.94 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2021 berbanding tempoh sama tahun lepas.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen