Sri Lanka lancar operasi buru saki baki pengganas


Beberapa kawasan pinggir bandar diserbu oleh tentera yang mengunakan kuasa darurat untuk menangkap dan menahan suspek yang bertanggungjawab dalam serangan 21 April itu. – Gambar EPA, 25 Mei, 2019.

TENTERA Sri Lanka melancarkan operasi memburu besar-besaran terhadap saki baki kumpulan pengganas yang melancarkan serangan bunuh diri yang membunuh 258 orang pada sambutan hari Easter, bulan lalu.

Beberapa kawasan pinggir bandar diserbu oleh tentera yang mengunakan kuasa darurat untuk menangkap dan menahan suspek yang bertanggungjawab dalam serangan 21 April itu.

“Operasi khas dilakukan di tiga kawasan di luar Colombo,” kata seorang pegawai tentera yang enggan dikenali.

Operasi yang sama turut dilancarkan di barat laut negara itu selepas rusuhan anti-Islam pada bulan ini mengakibatkan seorang maut dan beratus-ratus rumah, kedai dan masjid dibakar.

Pihak keselamatan sudah menahan sejumlah suspek yang dikaitkan dengan serangan bom di negara pulau itu.

Pada Rabu, Presiden Maithripala Sirisena melanjutkan tempoh darurat selama 30 hari lagi bagi mengekalkan keselamatan umum. – AFP, 25 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen