SELURUH wilayah majoriti Muslim di Kashmir yang dikuasai India, termasuk ibu kota Srinagar masih dikenakan perintah berkurung yang memasuki hari kedua, berikutan pembunuhan komander tertinggi militan, demikian menurut polis lapor agensi berita Xinhua.
Pihak berkuasa mengerahkan ratusan anggota polis untuk melakukan kawalan dan sekatan bagi menghalang sebarang demonstrasi.
Selain itu, institusi pendidikan turut ditutup dan perkhidmatan internet disekat buat sementara waktu.
Pada Khamis petang Ketua al-Qaeda Ansar Gazwatul Hind - Zakir Musa terbunuh dalam satu kejadian di kampung Dadsara of Tral di daerah Pulwama, kira-kira 39 km selatan Srinagar. – Bernama, 25 Mei, 2019.
Komen