Tentera AS di Timur Tengah tingkat ancaman keamanan, kata Iran


Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mengingatkan kehadiran pasukan AS di Timur Tengah menjadi ancaman terhadap keamanah rantau itu. – Gambar EPA, 25 Mei, 2019.

MENTERI Luar Iran Mohammad Javad Zarif hari ini berkata keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengerahkan 1,500 tentera tambahan ke Timur Tengah adalah “ancaman kepada keamanan antarabangsa,” lapor media negara itu.

“Peningkatan kehadiran AS di rantau kita sangat berbahaya dan merupakan ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa dan ia harus ditangani,” kata Zarif kepada agensi berita IRNA sebelum pulang dari lawatan ke Pakistan.

Washington berkata, kerahan tentera bantuan itu dilaksanakan selepas mengutus pengebom B-52, sebuah kapal serangan amfibia dan sistem pertahanan peluru berpand awal bulan sebagai tindak balas kepada “kempen” serangan baru-baru ini yang diluluskan kepimpinan tertinggi Iran .

“Amerika mereka-reka dakwaan seperti ini untuk membenarkan dasar permusuhan mereka dan mewujudkan ketegangan di Teluk Parsi,” kata Zarif.

AS bulan ini mengakhiri pengecualian terakhir yang telah diberikan daripada sekatan unilateral yang dilaksanakan semula selepas tidak menghiraukan perjanjian denuklearisasi pada tahun 2015 di antara kuasa utama dan Iran pada Mei tahun lepas.

Langkah itu menjadi tamparan hebat kepada ekonomi Iran yang semakin meruncing bahkan pengkritik terhadap sekatan yang diperbaharui itu, seperti Turki, turut mengumumkan bahawa mereka turut berhenti membeli minyak dari Iran.– AFP, 25 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen