29 terbunuh dalam satu pertempuran di penjara


Sekurang-kurangnya 29 tahanan terbunuh dan 19 polis cedera dalam satu pertempuran di penjara di barat Venezuela semalam. – Gambar EPA, 25 Mei, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 29 tahanan terbunuh dan 19 polis cedera dalam satu pertempuran di penjara di barat Venezuela semalam.

Kejadian di penjara balai polis di bandar Acarigua berlaku apabila pasukan khas polis (FAES) cuba menghalang cubaan melarikan diri sehingga mencetuskan pergaduhan antara beberapa kumpulan.

“Namun hasil campur tangan polis, cubaan melarikan diri berjaya dihalang tetapi 29 orang terbunuh,” katanya.

Difahamkan terdapat kira-kira 355 individu berada dalam pusat tahanan berkenaan.

“Tahanan turut meletupkan tiga bom tangan mengakibatkan 19 anggota polis cedera,” katanya.

Menurut laporan polis dalaman, ketua tahanan Wilfredo Ramos antara yang terbunuh.

Laporan yang dipetik NGO juga mengatakan beberapa pegawai cedera disebabkan serpihan dan bahan peledak.

Kementerian penjara tidak mengulas mengenai kejadian itu dan mengatakan penjara balai polis tidak berada di bawah kawalannya.

Video yang dikongsi di media sosial memaparkan seorang tahanan dipercayai Ramos dengan wajah ditutup sebahagian sedang memegang pistol dan bom tangan mengancam dua wanita.

Nieto berkata, tahanan menuntut makanan dan dipindahkan penjara serta mengecam polis.

Tiada maklumat diberikan mengenai nasib tebusan. – AFP, 25 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen