PERDANA Menteri Britain Theresa May sebak ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini, menamatkan tiga tahun penuh krisis berkenaan Brexit.
“Saya akan sentiasa kesal kerana gagal menyempurnakan Brexit,” katanya ketika membuat pengumuman di luar pejabatnya di Downing Street.
May, 62, berkata beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif pada 7 Jun.
Beliau akan meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara penggantinya dipilih oleh parti.
Proses pemilihan dalaman itu kemungkinan akan bermula 10 Jun, menurut laporan BBC, yang menyebut beberapa sumber Kabinet kanan.
Pemimpin parti secara automatik akan menjadi perdana menteri.
May terpaksa membuat keputusan tersebut susulan gagal memujuk Kabinet dan partinya menyokong menyokong cadangannya untuk membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah.
“Saya akan lepaskan jawatan sebagai perdana menteri wanita kedua tetapi pastinya bukan yang terakhir,” kata May. – AFP, 24 Mei, 2019.
Komen