ENAM disahkan maut manakala 12 lagi hilang selepas sebuah bot karam di sebatang sungai di barat daya Wilayah Guizhou, China pada petang semalam, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
Para penyelamat terdiri daripada polis, anggota respons kecemasan, petugas daripada jabatan pengangkutan dan kesihatan di Wilayah Autonomi Qianxinan, Bouyei-Miao kini mencari mangsa yang hilang selain cuba mengeluarkan bot yang karam.
Bot itu membawa 29 orang ketika karam pada 6.30 petang Khamis di Sungai Beipan. Sebelas orang berjaya diselamatkan. – Bernama, 24 Mei, 2019.
Komen