Raja Jordan bermesyuarat tiga pihak dengan presiden Iraq, Palestin


Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden Iraq Barham Salih dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengadakan mesyuarat tiga pihak di Amman semalam. – Gambar fail AFP, 24 Mei, 2019.

RAJA Abdullah II dari Jordan, Presiden Iraq Barham Salih dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah mengadakan mesyuarat tiga pihak di Amman pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Ketiga-tiga pemimpin membincangkan perjuangan Palestin, kepentingan menyokong rakyat Palestin untuk mendapatkan hak sah mereka dan mewujudkan sebuah negara yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Mereka turut menekankan keperluan untuk mengambil pendirian bersatu padu dan mempertingkat tindakan bersama negara Arab bagi mengatasi cabaran serta krisis.

Salih dan Abbas mengesahkan kepentingan Penjaga Hashemite bagi kota suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis, sambil memuji peranan yang dimainkan oleh Jordan dari segi sejarah dan agama yang diterajui Raja Abdullah dalam menjaga tempat-tempat suci. – Bernama, 24 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen