PM India, Pakistan tumpukan kepada keperluan untuk 'keamanan' 


Parti Narendra Modi, Bharatiya Janata (BJP) memenagi pilihan raya baru-baru ini meneruskan satu penggal lagi kuasa di India. – Gambar EPA, 24 Mei, 2019

PERDANA Menteri India Narendra Modi dan rakan sejawat yang juga pesaingnya dari Pakistan Imran Khan memberikan mesej mengenai kepentingan “keamanan” pada Khamis selepas parti Modi menyambung penggaal baharu selepas memenangi pilihan raya. 

Ketika tercetus ketegangan antara dua negara itu tiga bulan lalu, penganalisis menyatakan kembalinya parti Modi, Bharatiya Janata (BJP) akan membantu usaha ke arah keamanan. 

Khan mengucapkan tahniah kepada Modi atas kemenangan itu.

“Tahniah Perdana Menteri Modi atas kejayaan BJP dan sekutunya. Tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau untuk keamanan, kemajuan dan kemakmuran di Asia Selatan,” kata Khan melalui Twitter. 

Terima kasih PM @ImranKhanPTI Saya dengan sukacitanya mengucapkan terima kasih atas hasrat anda yang baik. Saya sentiasa memberi keutamaan kepada keamanan dan pembangunan di rantau kita,” jawab Modi, juga di Twitter.

Mesej itu dibuat beberapa jam selepas Pakistan mengatakan ia telah menguji peluru berpandu balistik yang mampu membawa peluru berpandu konvensional dan nuklear.

India pada hari Rabu mengadakan ujian baru rudal BrahMos, iaitu peluru berpandu terpantas di dunia. – AFP, 24 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen