PRESIDEN Donald Trump pada Khamis mengumumkan bantuan sebanyak AS$16 bilion bagi membantu petani yang terjeejas dalam perang perdagangan AS-China.
“Petani telah ‘diserang’ oleh China.” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.
“Kita akan bantu petani kita kerana mereka merupakan golongan penting.”
Trump sekali lagi mendakwa China membayar tarif 25% yang beliau kenakan terhadap AS$200 bilion import, yang dipersetujui pakar ekonomi bahawa ia dibayar oleh peniaga dan pengguna.
“Sebahagian daripada wang ini akan disalurkan kepada petani bagi membantu mereka dalam tempoh yang mana perdagangan menjadi tidak adil kepada mereka,” kata Trump.
Setiausaha pertanian Soony Perdue berkata, sejumlah dana akan dibayar terus kepada pengeluar produk pertanian dan penternak, manakala sejumlah lagi turut disalurkan untuk membeli makanan bagi kegunaan program bantuan AS seperti bank makanan dan program makna tengahari di sekolah.
“Rancangan yang kita umumkan hari ini akan memastikan petani tidak menanggung kesan daripada tarif yang tidak adil yang dikenakan oleh China dan rakan dagagan lain,” kata Perdue pada satu sidang media.
“Petani lebih memilih perdagangan berbanding bantuan kerana tanpa perdagangan mereka akan memerlukan bantuan.” – AFP, 24 Mei, 2019
Komen