INTERPOL pada Khamis berkata telah menyelamatkan 50 kanak-kanak dan menahan sembilan orang di Thailand, Australia dan Amerika Syarikat (AS) selepas satu sindiket pedofilia berjaya ditumpaskan.
Lebih banyak tangkapan dijangka akan dilakukan susulan pihak polis di hampir 60 negara meneruskan siasatan susulan Interpol satu operasi yang dijalankan oleh Interpol ke atas “laman web gelap” yang dilayari 63,000 pengguna dua tahun lalu.
Polis kini sedang mengenal pasti 100 lagi imej yang dikongsikan di penjuru Internet yang tidak diketahui.
Menurut Interpol, Operasi Blackwrist dilancarkan selepas ia menemui bahan langganan di laman web gelap, di mana pengguna boleh menggunakan perisian untuk bersembunyi di belakang lapisan kerahsiaan.
Laman web hitam ini tidak didapati di menerusi enjin carian dan pengguna perlu menggunakan alamat URL khas untuk memasukinya.
Interpol mendapatkan bantuan dari agensi nasional di seluruh negara di mana Jabatan Siasatan Keselamatan Tanah Air (HSI) akhirnya berjaya mengesan alamat IP laman web tersebut. – AFP, 23 Mei, 2019.
Komen