Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak OIC ke-14 di Mekah


Arab Saudi akan menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke-14 di Mekah pada 31 Mei, 2019 dan akan dipengerusikan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud. – Gambar fail EPA, 23 Mei, 2019.

ARAB Saudi akan menganjurkan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-14 di Mekah pada 31 Mei, 2019, lapor Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA).

Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Sidang kemuncak itu, yang akan diadakan di bawah tema “Makkah Summit: Together for the Future” bertujuan membangunkan pendirian yang bersatu berkaitan isu semasa dan peristiwa yang berlaku dalam dunia Islam. – Bernama, 23 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen