[VIDEO] Zahid bohong perwakilan Umno, dakwa Tun Faisal


DR Ahmad Zahid Hamidi menipu di Perhimpunan Agung Umno tentang hubungannya dengan Anwar Ibrahim, dakwa Tun Faisal Ismail Aziz.

“Ketika di perhimpunan agung Umno, Zahid kata jumpa Anwar hanya makan-makan minum. Pada saya itu rasa sangat-sangat misleading,” kata timbalan ketua Umno bahagian putrajaya dalam temu bual di Insight Talk.

Tun Faisal, yang digantung keahlian enam tahun kerana memfitnah Zahid, berkata presiden Umno itu tidak menjelaskan tentang suratnya kepada perwakilan Umno pada perhimpunan agung yang diadakan 27 hingga 28 Mac lalu.

“Saya mendapat maklum itu adalah surat sokongan terhadap Anwar adalah surat yang benar dan tujuan supaya Anwar boleh bawa kepada Agong untuk beritahu dia dapat cukup sokongan supaya kerajaan dapat digantikan.

“Macam mana presiden melalui surat menyokong Anwar untuk meruntuhkan kerajaan. Itu saya tak boleh terima. Kita pertahankan dasar parti. – 8 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen