[VIDEO] Akar umbi tolak Bersatu


SUDAH terang lagi nyata, akar umbi Umno telah menolak kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Majlis Tertinggi Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, perkara itu bukan rahsia lagi selepas 118 daripada 190 bahagian Umno dalam mesyuarat mereka pada awal Januari meluluskan usul untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Sebelum itu, 147 ketua bahagian Umno dalam satu kaji selidik dalaman Umno menyatakan pendirian yang sama.

“Pada saya ia jadi rahsia terbuka. Bila ada keputusan 118 dari 147 (bahagian meluluskan usul tolak Bersatu) maksudnya putus hubungan.

“Patutnya Muhyiddin Yassin faham-fahamlah bahawa sebenarnya sudah ada keputusan. Pada saya pendirian Umno sudah jelas,” katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

Beliau mengingatkan Majlis Kerja Tertinggi Umno sudah menyerahkan hal itu untuk dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Umno, yang kini akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen