[VIDEO] Najib perlu cermin diri, kata Marzuki Yahya


BEKAS Perdana Menteri Najib Razak perlu mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mengkritik Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti bersama anaknya Mukhriz.

Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya berkata ahli Parlimen Pekan itu juga mempunyai parti yang sama dengan allahyarham ayahnya Abdul Razak dalam Umno.

Malangnya, Najib katanya dilihat gagal mengekalkan jasa bapanya yang terkenal memajukan pembangunan Felda.

Marzuki dalam temubual Insight Talk mengulas sindiran Najib mengenai penubuhan Parti Pejuang yang dipimpin Dr Mahathir di kempen PRK DUN SLIM akhir bulan Ogos yang lalu. – 5 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen