Pengarang Sarawak Report diperintah bayar RM84,00 kepada Hadi


Mahkamah menolak hujah Clare Rewcastle-Brown yang mengatakan tidak akan berjaya mengambil tindakan saman terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Malaysia kerana badan kehakiman, kerajaan dan perdana menteri korup. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2017.

MAHKAMAH London mengarahkan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown membayar dua pertiga daripada kos permohonannya kerana meminta Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendepositkan wang kepada mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya kalah dalam saman fitnahnya terhadap wartawan yang berpangkalan di United Kingdom itu.

Setiausaha Politik PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Rewcastle-Brown perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada Hadi sekarang, dengan kuantum baki itu akan dipantau mahkamah.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen



  • 1. Kes SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) di Mahkamah London, United Kingdom itu, masih belum pun mula BICARA untuk mengetahui samada Laporan SARAWAK REPORT berkaitan perolehan dana 90 juta oleh PAS daripada Kerajaan NAJIB RAZAK itu merupakan FITNAH ataupun tidak !

    2. Walhal, kes SAMAN FITNAH itu masih di peringkat awal, di mana HADI AWANG (PAS) sudahpun failkan WRIT SAMAN terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), dan serahkan WRIT SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN kepada CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), namun CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) masih belum tamat tempoh masa untuk failkan PENYATA PEMBELAANnya !

    3. Apa yang telah dilaporkan dalam Laporan MALAYSIAN INSIGHT di atas, adalah berkaitan satu PERMOHONAN AWALAN, yakni sebelum CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) memfailkan PENYATA PEMBELAANnya, beliau telah minta Mahkamah London itu buat perintah yang perlu berhubung SEKURITI untuk KOS, iaitu, memandangkan HADI AWANG (PAS) adalah entiti luar dari United Kingdom, dan memandangkan HADI AWANG (PAS) itu tidak mempunyai aset di dalam negara United Kingdom, maka CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) minta Mahkamah London arahkan HADI AWANG (PAS) untuk letak cagaran sebanyak UK Pound 800 ribu, sebagai cagaran kos kepadanya, jika Mahkamah di hujung perbicaraan dapati SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) adalah tidak berjaya, dan ditolak kelak ! Itu sahaja !!

    4. Permohonan SEKURITI untuk KOS ini juga wujud di Malaysia, di mana sekiranya Rakyat atau entiti Malaysia disaman di dalam Malaysia oleh individu ataupun entiti luar negara yang tidak mempunyai aset di Malaysia, maka untuk menentukan pihak Malaysia itu ada cagaran untuk peroleh semula kos, maka pihak Malaysia itu boleh membuat permohonan serupa itu di Mahkamah Malaysia, dan Mahkamah Malaysia akan menentukan jumlah sekuriti yang perlu diletakkkan oleh pihak luar negara itu, sebelum pihak luar negara itu dibenarkan untuk teruskan tindakan undang-undang terhadap pihak Malaysia, di negara Malaysia, melalui Mahkamah Malaysia !!

    5. Itulah bentuk PERMOHONAN yang diputuskan oleh Mahkamah London seperti yang dilaporkan di bawah !! Tiada keputusan tentang kandungan dalam SAMAN FITNAH itu lagi !!

    6. Berbalik kepada, PERMOHONAN itu, peguam CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah meminta dan berhujah bahawa jumlah sekuriti untuk kos ditetapkan sebagai UK Pound 800 ribu, namun Mahkamah dapati bahawa jumlah itu adalah terlampau tinggi dan bersetuju dengan peguam HADI AWANG (PAS) bahawa jumlah sebanyak 10% daripada jumlah UK Pound 800 ribu itu , yakni UK Pound 80 ribu, adalah memadai, kerana Malaysia dan United Kingdom mempunyai persetujuan melalui Akta dan Perjanjian untuk benarkan Penghakiman dari kedua-dua negara boleh dilaksanakan di Mahkamah negara silang, masing-masing, dan TIADA BUKTI ditampilkan oleh CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bahawa, dia tidak akan berjaya melaksanakan Penghakiman untuk jumlah kos sepenuhnya itu, di Malaysia, jika dia menang kelak !!

    7. Akhir sekali, jumlah UK Pound 15 ribu, yang diperintahkan Mahkamah London untuk CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bayar kepada HADI AWANG (PAS), adalah sebahagian daripada kos yang dianugerahkan kepada HADI AWANG (PAS), kerana CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah gagal peroleh Perintah untuk SEKURITI untuk KOS untuk jumlah sepenuhnya iaitu UK Pound 800 ribu, dan UK Pound 15 ribu adalah kos yang perlu CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bayar kepada HADI AWANG (PAS) kerana CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) didapati "kalah" berkaitan PERMOHONAN SEKURITI untuk KOS itu sahaja !!

    8. Akhir kalam, SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) pada hakikatnya belum pun mula BICARAnya lagi. Keputusan P[ERMOHONAN SEKURITI untuk KOS ini yang sebenarnya memihak kepada HADI AWANG (PAS), dari segi undang-undang United Kingdom mahupun Malaysia sekalipun, BUKANLAH kayu ukuran kejayaan ataupun kegagalan SAMAN FITNAH itu kelak !!!

    DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Haniff Khatri