Perlis sokong keputusan mahkamah berkaitan anak tak sah taraf


Anak tak sah taraf selama ini dibin atau dibintikan kepada Abdullah tetapi penghakiman Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak itu menggunakan nama bapa Khamis lalu mengubah situasi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2017.

PERLIS menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf untuk menggunakan nama ayah mereka dalam kemelut perbezaan pendapat keputusan itu semakin mencengkam negara.

Utusan Malaysia melaporkan yang Mufti Perlis sebagai berkata yang keputusan mahkamah itu selari dengan fatwa negeri yang digazetkan pada 17 Januari 2013 yang membenarkan anak-anak tidaksah taraf dibin atau dibintikan kepada ayah kandung mereka.

“Peruntukan sub seksyen 48 (6) Enakment Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maip) mengeluarkan fatwa yang seorang anak, lahir kurang daripada enam bulan selepas perkahwinan ibunya boleh dibin kepada suami ibu terbabit, kecuali ayah terlibat menafikan (yang itu anaknya)” katanya pada siang media di Kangar semalam.

Katanya lagi perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetapi di bawah bidang kuasa negeri.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam berkata yang pendaftaran anak tidak sah taraf akan berjalan seperti biasa, bergantung kepada rayuan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata sebarang perubahan prosedur jabatan itu hanya akan dilakukan selepas Mahkamah Persekutuan mengeluarkan penghakiman saman yang difailkan Jabatan Peguam Negara.

Hakim Abdul Rahman Sebli yang menulis penghakiman panel tiga hakim Khamis lepas mengatakan bidang kuasa ketua pengarah JPN adalah sivil dan kerana itu tertakluk kepada undang-undang sivil.

Disebabkan itu, JPN perlu merujuk kepada Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) untuk membuat keputusan berkaitan nama keluarga atau ayah kanak-kanak.

Penghakiman itu yang meliputi anak tidak sah taraf Islam dan bukan Islam dilakukan susulan rayuan yang difailkan kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilahirkan lima bulan 24 hari ( atau lima bulan dan 27 hari mengikut kalendar Islam) selepas perkahwinan ibu bapanya.

Kanak-kanak itu didaftarkan dengan JPN dua tahun selepas lahir dan kedua-dua ibubapanya memohon untuk meletakkan nama ayahnya “MEMK” tetapi JPN mendaftarkan anak itu kepada “bin Abdullah”. – 29 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen