Apabila ahli politik khayal berbicara di dunia nyata


The Malaysian Insight

Reezal Marican dan menteri-menteri lain dalam pentadbiran Najib Razak harus menepis anggapan rakyat Malaysia mudah mempercayai apa saja yang diberitahu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Julai, 2017.

BETULKAH?
    
Adakah Reezal Merican benar-benar menjangkakan rakyat Malaysia percaya pentadbiran Najib Razak akan membatalkan kewarganegaraan Low Taek Jho jika terbukti rakan baik perdana menteri itu juga merupakan warganegara St Kitts dan Nevis.

Di bawah undang-undang Malaysia, menjadi satu kesalahan bagi warganegara untuk mempunyai dua kewarganegaraan.

Ini adalah rahsia terbuka yang Low Taek Jho menjadi warganegara pulau Caribbean. Walaupun semuanya kepura-puraan, Putrajaya menyedari hakikat ini.

Tetapi Reezal terpaksa memainkan peranannya dalam wayang kerajaan sehingga dia berkata: “Tidak ada layanan istimewa untuk sesiapa pun. Siapa saja yang mempunyai dua kewarganegaraan perlu diambil tindakan,”

Jawapan timbalan menteri luar negeri itu semalam tidak lebih daripada sekadar taktik untuk berdolak-dalih. Individu, kumpulan dan kerajaan sering memberikan jawapan seperti “perkara itu sedang diteliti”, “kami mengambil pandangan yang serius mengenai isu ini”, “kuasa penuh undang-undang akan digunakan” apabila mereka diletakkan dalam kedudukan yang tidak selesa dan cuba mengambil sedikit masa.

Berikut adalah mesej kepada Reezal dan menteri-menteri dalam pentadbiran Najib yang masih mempunyai tanggapan rakyat Malaysia ini mudah percaya.

Anda silap.

Kami tahu Jho Low dan Najib Razak adalah teman rapat.

Kami tahu ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu kebal selagi Najib kekal di Sri Perdana.

Kita tahu apa saja langkah Umno atau kerajaan untuk membatalkan kewarganegaraan Jho Low akan menjadi bencana bagi Najib dan ahli keluarganya, memandangkan berapa banyak yang ahli perniagaan itu tentang jejak dana 1MDB.

Terdapat peluang yang lebih baik untuk Reezal Marican memenangi larian 100 meter di Sukan Sea akan datang daripada pembatalan kewarganegaraan Low Taek Jho kerana memiliki dua kewarganegaraan.

Selepas bertahun-tahun, Reezal dan ahli Umno masih tidak faham: Jho Low dan Najib ibarat kembar Siam, tak boleh dipisahkan. – 24 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen