Tiada badan kerajaan akan musnahkan maklumat asas, kata Bersih 2.0


Looi Sue-Chern

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata tiada badan kerajaan akan musnahkan maklumat asas mereka. – Gambar EPA, 20 Julai, 2017.

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyifatkan pengakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ia sudah melupuskan data pengundi sebagai “mengejutkan”.

“Tiada badan kerajaan akan memusnahkan maklumat asas mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam mesej WhatsApp.

“Sebab mengapa kerajaan Selangor mengemukakan penemuan (permintaan untuk data) untuk kod kawasan pada tahun 1994 dan 2003 adalah untuk menilai sama ada persempadanan semula SPR itu, tanpa apa-apa rujukan kepada data asas dan sejarah dijalankan mengikut Jadual Ke-13 Perlembagaan. “

Beliau mengulas kenyataan SPR mengatakan mereka sudah melupuskan data daftar pemilih yang berkaitan dengan alamat, kawasan dan kod kawasan bagi tahun 1994 dan 2003.

Terdahulu hari ini, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menulis di Facebook beliau terkejut apabila mengetahui  data tentang kawasan, nama dan alamat bagi 136,272 pengundi di Selangor yang digunakan dalam persempadanan semula pada 1994 dan 2003 dilupuskan.

Amin juga mempersoalkan bagaimana ini boleh berlaku tanpa sebarang salinan data yang disimpan.

Kerajaan Selangor merayu dokumen-dokumen daripada SPR dalam kesnya mengenai pelaksanaan persempadanan semula di Selangor. Mahkamah Rayuan hari ini juga menolak permohonan itu. – 20 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen