Mudah lupa, masalah PM di Malaysia


The Malaysian Insight

Najib menyalahkan Dr Mahathir berhubung kemelut Malaysia Airlines pada program rumah terbuka di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines, KLIA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 Julai, 2017

PERDANA Menteri Najib Razak menyerang Dr Mahathir Mohamad kerana kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia, kemelut berlarutan Malaysia Airlines dan pelbagai masalah lain ketika beliau masih memegang kuasa.

Tetapi, di mana Najib ketika itu? Beliau pada ketika itu merupakan salah seorang anggota Kabinet kanan dengan gembiranya bersetuju dan mengalu-alukan setiap rancangan Dr Mahathir.

Adakah beliau menyuarakan kebimbangannya ketika itu sewaktu Kabinet membuat atau mengesahkan keputusan berhubung kerugian Bank Negara dan penswastaan Malaysia Airlines, dan diikuti dengan bail out mendapatkan pengurusan baharu dan skim untuk membolehkan ia terus hidup?

Adakah beliau membantah apa-apa ketika berada dalam pentadbiran Dr Mahathir?

Tidakkah Najib juga bersalah dalam menyebabkan kemerosotan dalam institusi kita, berdekad bergelumang dengan rasuah dan kecurian dan skandal yang kini beliau tujukan kepada Dr Mahathir?

Bukankah Najib juga mempunyai salah laku dan penipuan dalam institusi kita, salah laku rasuah, kecurian dan skandal yang kini beliau tujukan kepada Dr Mahathir?

Jangan kita lupa, Najib merupakan ahli politik Umno yang memilih Dr Mahathir berbanding Tengku Razaleigh Hamzah, dan membantu mengubah sejarah parti, dengan meluaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini.

Terdapat banyak keraguan yang Dr Mahathir perlu jawab, daripada Operasi Lalang, pengkhianatan dalam badan kehakiman Malaysia, kegagalan penswastaan dan sebagainya.

Tetapi beliau dibantu jemaah menteri dan “warlord” politik dari Julai 1981 hingga 31 Oktober, 2003. Daripada kumpulan ini, Najib memainkan peranan utama selama bertahun-tahun, baik dalam Umno mahupun kerajaan.

Jadi, Najib tidak boleh menghina dan menyalahkan Dr Mahathir secara langsung terhadap semua keputusan yang menyebabkan Malaysia berdepan masalah, daripada ekonomi kepada hak dan kebebasan kita.

Beliau tidak boleh menuding jari kepada Dr Mahathir tanpa menuding jari kepada diri sendiri. Beliau adalah sebahagian daripada kerajaan dan sistem yang membawa kepada kerugian Bank Negara, masalah dalam Malaysia Airlines dan skandal lain.

Lagipun, Najib mempunyai masalah sendiri seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerugian dan skandal yang sudah tentu tidak boleh diletakkan kesalahan kepada Dr Mahathir.

Inilah masalah terpaksa dihadapi Najib dan Malaysia sekarang, bukan masalah Malaysia Airlines.

Jangan kita lupa. – 10 Julai, 2017


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen