Bersih 2.0 gesa tubuh RCI siasat penipuan PRU14 


RCI digesa ditubuhkan untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh SPR dalam menyelesaikan isu penipuan dalam pilihan raya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2018

BERSIH 2.0 menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes penipuan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Pemerhati pilihan raya itu berkata, walaupun bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah bersara awal, siasatan komprehensif ke atas suruhanjaya lain dalam badan itu juga perlu dilihat.

“Kami menggesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat penipuan pilihan raya dan kesalahan yang berlaku ketika PRU14, dan untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh pesuruhjaya dalam menyelesaikan isu ini atau tidak,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

“RCI mesti dilengkapkan dalam tempoh enam bulan dari permulaannya.”

Bersih 2.0 turut menggesa enam lagi pesuruhjaya SPR untuk meletakkan jawatan.

“Bersih 2.0 menuntut enam pesuruhjaya untuk meletakkan jawatan mereka serta merta kerana kegagalan mereka menegakkan, mempertahankan dan melaksanakan hak demokrasi untuk mengundi dan juga mengamalkan pilihan raya, bersih, bebas dan adil,” menurut kenyataan itu.

Kumpulan itu berkata pelantikan pengerusi SPR baharu perlu dibuat dengan telus oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mengelakkan berat sebelah sebagaimana yang berlaku pada pentadbiran sebelum ini. 

Bersih berkata pembaharuan pilihan raya untuk memilih wakil SPR akan membantu proses itu lebih telus. 

“Bersih 2.0 menggesa kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pencalonan pilihan raya, melibatkan wakil daripada tiga cabang kerajaan, badan berkanun dan wakil masyarakat sivil, untuk menapis pemohon,” katanya. 

Hashim akan bersara pada 1 Julai selepas tempoh perkhidmatannya dipendekkan. Tempoh perkhidmatannya sepatutnya tamat pada Ogos 2020. 

Hashim sebelum ini merupakan timbalan Pengerusi SPR.  

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V turut memberi perkenan untuk Hashim bersara awal.

Hashim berdepan kritikan kerana didakwa membantu kerajaan sebelum ini dalam usaha untuk memenangi PRU14, yang mana beliau menafikan tuduhan itu.– 14 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen