Najib tarik balik saman fitnah terhadap bekas presiden MCA


The Malaysian Insight

BEKAS perdana menteri Najib Razak menarik balik saman fitnahnya terhadap bekas presiden MCA, Dr Ling Liong Sik.

Posting Twitter Bernama mengatakan Najib mengubah fikirannya untuk menyaman Ling, yang menuduhnya menyalahgunakan dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) milik negara.

“Bekas PM Najib menarik balik saman fitnahnya terhadap Ling berhubung isu 1MDB,” kata agensi berita itu dipetik di Twitter.

Najib memfaikan saman terhadap Ling pada 27 Oktober 2015 berhubung kenyataan Ling pada majlis universiti yang dilaporkan dalam portal berita.

Pada Mac, Ling membayar kos RM5,000 kepada Najib selepas gagal membatalkan saman itu. – 22 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen