White House enggan ulas laporan plot cubaan bunuh Zelensky gagal


White House enggan mengulas laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky. – Gambar EPA, 8 Ogos, 2023.

SETIAUSAHA Akhbar White House Karine Jean-Pierre enggan mengulas mengenai laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky, lapor Sputnik.

Terdahulu, agensi perisikan Ukraine mengumumkan pihaknya telah menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan cubaan bunuh Zelensky.

“Saya melihat laporan itu. Saya belum berpeluang untuk berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai perkara ini… cuma tidak akan mengulas daripada sini,” kata Jean-Pierre kepada pemberita.

Setiausaha akhbar White House meminta wartawan merujuk kepada kerajaan Ukraine untuk mengulas mengenai kejadian itu.

Menurut agensi perisikan Ukraine, wanita itu cuba untuk mengetahui waktu dan senarai lokasi yang bakal dikunjungi oleh Zelensky di rantau selatan Ukraine. – Bernama, 8 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen