SEBAHAGIAN pantai di Sepanyol menggunakan dron untuk melindungi pantai negara itu daripada kesan perubahan iklim.
Bagi membantu memelihara pantainya yang menjadi aset terpenting negara itu, dron yang dilengkapi dengan kamera resolusi tinggi dan sensor berbilang spektrum kini digunakan untuk memantau pasir, mengumpul data dan mengesan langkah pemulihan pantai, lapor Xinhua.
Dron digunakan di Calafell untuk memulihkan sistem gumuk, dan menjadikan pantai sepanjang 4.2 kilometer di bandar ini lebih berdaya tahan terhadap hakisan akibat cuaca buruk.
“Peningkatan ketara dapat diperhatikan di pantai-pantai, yang mampu menahan ribut dengan lebih baik,” kata Ahli Majlis Ekologi Bandar Calafell, Aron Marcos.
Projek ini akan diteruskan sehingga 2025, dan cadangan tentang cara memulihkan sistem gumuk boleh diperluaskan ke seluruh pantai Mediterranean. – Bernama, 8 Ogos, 2023.
Komen